Tuesday, December 11, 2012

Puisi Cinta Sahabat



Kita Hanya Teman

Kita ini berbeda sekali
Kau dengan dunia kau
Aku dengan dunia aku
Kau dengan cara kau
Aku dengan cara aku

Walaupun orang cakap
"Manusia boleh berubah"
Namun kau jauh lebih baik dari aku
Aku tak setanding kau
Ya, aku memang tak sesuai dengan kau

Memang betul
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
Kau jauh lebih baik dari aku
Terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri aku

Memang betul
Jodoh itu di tangan Tuhan
Namun mungkin ini takdir kita
Kau bukan untuk aku
Dan aku bukan untuk kau

Kini baru aku sedar
Yang aku tak layak untuk kau
You deserve a better one
Biar aku buang saja angan angan kosong ini
Kerana aku akui
Kita hanyalah teman.....

1 comment: